Pages

Followers

29 August 2013

Materialistic In Relationship

Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera

Zaman sekarang semua melibatkan duit. Well, seperti orang lain kata, masuk tandas pun kena bayar. Takde apa yang percuma dalam dunia ni. So, bila sebut pasal duit ni memang tak lari dengan manusia mata duitan atau istilah lain, materialistik. Actually, materialistik ni bukan berkaitan dengan duit je, ianya bersifat kebendaan.
Materialistik ni menurut kamus dewan bahasa secara ringkasnya berkaitan dengan kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan kebendaan.
Ada lelaki dan ada juga perempuan yang materialistik. Tapi, materialistik ni sinonim sangat dengan perempuan. Well, perempuan memang tak tahu malu, rakus dengan duit, kaki kikis, pisau cukur, dan sama maksud dengannya. Panas? Kahkahkah! Suka hati aku la nak cakap apa.

Jika korang lelaki yang berduit, sama ada korang dah ada makwe atau belum, kebarangkalian korang punya makwe/dapat makwe yang materialistik ni amat tinggi. Yeah, selama ni korang mungkin boleh berbangga ada makwe bermodalkan harta. Tapi sayangnya aku nak cakap kat sini, korang ni sebenarnya diperbodohkan oleh perempuan yang materialistik. Mereka tak sayangkan korang tapi sayangkan harta korang. Celaka bukan?

So, kat sini aku nak bagi serba sedikit antara ciri-ciri makwe celaka yang materialistik. Supaya korang tak diperbodohkan begitu sahaja. Yeah, aku pun lelaki, and I'm on your side bro. Chill. Aku taknak la kaum kita diperbodohkan begitu sahaja. Ehem!


Proceed,

Awal Perkenalan

Biasanya perempuan yang materialistik ni kita tak perlukan effort untuk kenal dengan mereka. Kalau korang berharta, dia sendiri akan datang kat korang. Tak perlu muka yang handsome, hati yang baik. Asal kau berharta, gadis cantik kegilaan ramai dalam tangan.

Contohnya, korang ada kenal sorang makwe ni, muka cantik, body mantap, perangai macam celaka, kegilaan semua orang. Korang memang nak try tapi segan sebab korang tak handsome, muka pecah rumah, hitam legam, pipi cengkung macam mat pet, badan cekeding, ah kesiannya! Tapi korang berduit. Tiba-tiba makwe ni sendiri yang datang kat korang. Makwe ni sendiri flirt korang. Gila hape perempuan flirt lelaki. Heaven gilaaa. Ah mulalah perasan diri tu power!

Sebenarnya silap, ada sesuatu yang makwe tu nak. Harta/duit/kebendaan. Kasih sayang? Celaka semua tu. Basically, perempuan materialistik ni tak perlukan masa yang lama dalam tempoh berkawan/perkenalan. Lagi cepat korang couple lagi diorang suka. Yela, nak kikis harta korang, mestila pantas! Actually bukan couple semata-mata, as long as korang buat dia seorang yang special dalam hidup korang dah memadai. So skandal pun diorang tak kisah. Bila dah kenal, mula la lelaki ni bangga, berbunga-bunga. Siapa tak berbunga, dapat makwe kot. Siapa tak bangga, makwe hot pulak. Tup tup, seminggu kenal dah couple. Bermulalah kecelakaan cintaaaaa.

Alam Percintaan

Hahh, kat sini mula la makwe menjalankan tugas. Aktiviti mengikis harta dengan rakusnya akan berjalan dengan rancak. Aku malas nak huraikan tapi aku lagi suka bagi contoh. Entah, bila fikir balik kenapa aku update kalau malas? Ye dok? Lantak la aku nak update ke tidak!

Situasi 1

Perempuan : Awak jom keluar weekend ni.
Lelaki    : Takde duit la sayang.
Perempuan : Tak sayang saya la tu! Merajuk!
Lelaki    : Eh mana ada. Okay, kita keluar okay? Dah jangan merajuk.
Perempuan : Yay! Sayang awak!

Nampak agenda makwe tu. Buat-buat merajuk buat-buat sayang terus pakwe cair. Kalau takde duit nak keluar tu kira tak sayang la? Fak betei.

Situasi 2

Perempuan : Semalam keluar dengan kawan, ada nampak satu handbag ni cantik sangat!
Lelaki    : Yeke? Then kenapa tak beli?
Perempuan : Duit takde la sayang....
Lelaki    : Laa, kesian awak. Takpe nanti ada rezeki belilah okay?
Perempuan : Tapi handbag tu limited edition, kulit anjing pulak tu. Susah nak dapat. *buat muncung*
Lelaki    : Ermm, macam tu nanti saya bagi duit kat awak, awak beli okay?

Hebat bukan permainan makwe tu? Dia cuba reka situasi seolah-olah keadaan mendesak segalanya. Konon limited, kulit anjing, anjing semua tu!

Aku tak perlu bagi banyak contoh rasanya. Dua dah memadai. Asalkan korang cuba faham agenda perempuan-perempuan materialistik ni dah cukup. Memang susah nak kesan tapi sekali kita dapat tau, kita akan dapat baca langkah dia yang seterusnya. Pegang kata-kata aku.

-Off topic-

Tak ada apa perlu korang banggakan kalau korang dapat tackle makwe dengan harta. Korang sebenarnya the real loser. Korang yang jadi bodoh beli cinta bermodalkan harta. 

Percayalah, rasa kasih, sayang, rindu, daripada cinta yang bermodalkan harta ni memang celaka. Sebab itu semua dusta. Bila korang takde harta, korang akan ditinggalkan terumbang ambing. Time tu jangan menyesal sebab jadi bodoh.

Apsal emosi sangat aku dalam entri kali ni?
Lantak!
Share This Post | Irfan Roslee

4 comments:

  1. Kulit anjing tu memang kelakar dan aku suka betol kau support kaum Adam yg hensem lagi kacak ! Haha

    ReplyDelete
  2. "Tapi handbag tu limited edition, kulit anjing pulak tu. Susah nak dapat. *buat muncung*" Hahahaha ini paling WIN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..kulit anjing yang paling best tu...hihihih

      Delete
  3. Hahaha.good tips!!

    ReplyDelete