Pages

Followers

02 August 2013

Entri Kaki

Khamis / 1-Aug-2013 / 2230hours

Assalamualaikum,

Disaat aku menaip entri kali ni, perut aku betul-betul kenyang selepas berbuka. Ayah dan ibu duduk diatas sofa menonton channel 202 cerita tamil yang mengisahkan seekor gajah dilatih untuk menentang gajah jahat yang bakal masuk ke kampung mereka ketika hari menuai padi nanti. Celaka, kenapa entah aku terlayan sekali. Padahal tak menarik pun, dah la effect nampak noob gila.

Ammar masih tak pulang ke rumah sebab ibunya masih di-office dengan kerja yang berlambak. So, ayah dia terpaksa la teman ibu dia sampai siap. Sweet laki bini tu. 

So, sementara tunggu tu nasib baik Ammar agak behave malam ni, dia terbaring diatas tilam dia sambil menonton cerita tamil itu. Akak aku, Iqa turut join Ammar terbaring sambil menonton cerita tamil itu. Begitu juga dengan aku, turut terbaring sambil menaip entri ini yang kadang-kadang turut serta menonton cerita tamil itu sambil menggelakkan effect noob yang digunakan dan disokong ibuku tetapi cerita itu tetap diminati ayahku. Nampak tak walaupun cerita tamil tapi ianya mampu merapatkan ukhwah antara kami sekeluarga. Terima kasih Astro Vellithirai! (C202)
Celakalah tamil itu, bahagialah kami! 
Topik apa akan aku huraikan harini? Relax brader, mukadimah aku kali ni memang panjang sikit. Untuk memupuk kalian yang membaca ni erti kesabaran. Ketika aku sedang menaip ni pun aku tak perlu terkejar-kejar sebab aku akan post entri ni pada hari esok (Jumaat)

Okay, ayuh mulakan!



"Ipan, kau taknak hirup tomyam lagi ke? Time tak buat sibuk suruh buat," ujar ibuku. 

"Eh, lupaaaaa. Nak nak!" terus aku bangun dan panaskan tomyam itu untuk dihirup panas-panas. Slrpppp

Jadi, apa aku cuba sampaikan kali ni adalah aku memang dah berhajat nak hurai satu topik, tapi disebabkan tomyam ibu yang lazat dan pedas serta masam itu membuatkan nafsuku tak tertahan, jiwa tak keruan. Ah, aku tak tahan!

Okay la, aku rasa tomyam aku dah menggelegak tu. Bye

*tutup laptop*

Jumaat / 2-Aug-2013 / 1230hours

*buka laptop*

Hai bertemu kembali. Kan aku dah kata aku akan update juga. So, jangan risau. Aku akan publish juga post harini. Tapi sayangnya takde masa nak huraikan satu topik. Solat Jumaat lepas ni. So nanti aku sambung lagi ye. Dengan entri yang berasingan dan penuh informasi! Kahkahkah

*publish*

p/s : sebenarnya aku takde idea. Kahkahkah

Share This Post | Irfan Roslee

0 comments:

Post a Comment