Pages

Followers

24 July 2013

Putih Putih Melati vs Boboiboy


"Hye, I'm Aiman"
Aku ada dua orang anak buah yang comel yang telah dikenalpasti kecomelan itu datangnya dari aku. Mereka teramatlah comel sampai bila aku dukung, orang lain mesti cakap

"Eh, comel macam kau la ipan!"

Aku pun macam, 

"Relax relax~ aku tau semua itu"

Ibu aku pula memang setiap cucu dia, dia akan jaga sampaila baby tu bole pegang botol susu sendiri (menunjukkan baby tu dah pandai) so selepas tu barula dibenarkan hantar ke taska. So, sebelum ni dia jaga Aiman (anak buah aku yang pertama) yang kini dah tak tinggal dengan kami sebab dah besar dan bekerjaya. Sekarang, dia jaga Ammar (anak buah aku yang kedua). Pagi kakak aku sebelum pergi kerja dia akan hantar Ammar kat rumah then petang lepas balik kerja dia akan singgah ambil Ammar balik.

"Hye, I'm Ammar"

Hari hari aku tak perlukan alarm untuk bangun tidur sebab Ammar ni punyalah gangster sampai setiap saat mata dia terbuka dia kena didukung ataupun dilayan, diagah agah "aucak! aucak!" kalau tak dia akan menjerit. Bukan menangis, tapi menjerit.

So, adalah satu hari tu aku tengah tidur. Badan memang penat tahap gorilla berjaga seminggu. So memang target nak tidur seminggu dah. Tapi tidur aku terganggu bila dengar jeritan si Ammar ni. Sambil tu terdengar jugak la ibu aku dok dodoikan dia lagu.
"Putih putih melati,
Meghah meghah delima,
Siapa yang baik hati pastiku terima,
Ohhh~"
Aku masa tu dah bebel sorang sorang dah. Yela, dalam banyak2 lagu kenapa lagu tu ibu aku pilih sebagai lagu tema dodoian beliau. Up-to-date betei. Aku pun malas nak perah otak sangat fikirkan semua tu so aku abaikan. Asalkan bukan lagu black metal ye dok? So aku pun sambung balik tidur.

Tak sampai berapa saat je, aku dengar balik Ammar ni menjerit.

"Ah celaka!"

Aku dah la mengantuk. Bila dengar suara Ammar yang menjerit ala ala histeria tu rasa macam nak bangun ajak sparring 3 round tanpa henti je. Tapi takpe aku bagi peluang. Lagipun dia kecik lagi, mana mungkin dia tahu apa itu sparring. Nasib ibu aku setia mendodoikan lagu putih putih melati beliau tu. Then, lama kelamaan senyap balik. Ahh legaa~

Tak sampai berapa saat, menjerit balik. Perghhh! Aku dah tak tahan, aku bangun, pergi ke arah Ammar and ibu aku tu aku terus bebel kat Ammar,

"Senyapla Ammar, paksu nak tidur ni!" berkerut dahi aku, sambil pandang muka dia penuh kecewa. Time tu hilang segak sikit sebab berkerut. Ermm.

Sambil tu aku acah2 tangan nak lempang dia tapi tak kena laa. Aku acah2 je woi! Tapi tak sangka budak tak sampai 5 bulan ni faham aku marah terus menangis + menjerit + meronta ronta. Ah celaka, apa aku dah buat ni! Budak ni faham pulak aku marah. Ibu dah bising2 kat aku. Aku buat muka innocent aku masuk tidur balik.

Sampai satu tahap tu dia senyap. Tapi kejap! Ya KEJAP! Tak sampai berapa minit dia memekak balik. Erghhhh! Time tu aku dah macam anak derhaka dah aku rasa. Aku bebel sorang2.

-monolog dalaman-

"Macam mana ibu jaga Ammar ni, dari tadi menangis tak henti2. Jaga baby pun susah ke? Apa ingat aku ni tak penat ke? Dodoi la betul betul. Tukarla lagu lain selain putih putih melati tu. Aku kalau jaga confirm tak jadi macam ni. Aku kalau jaga aku aucak aucak 2-3 round mesti Ammar dah lena. Lack of skill betei la ibu ni. Arghhhh! Arghhhhh!" 

Aku pun bila dah bengang sangat aku terus bangun pergi balik kat diorang.

"Dah la ibu, meh sini nak jaga budak ni!" dengan muka masamnya aku suruh ibu beralih tempat dan aku pulak jaga.

Aku pandang tepat muka Ammar. Rasa geram yang membuak buak ada, rasa kesian pun ada. Aku pun agah agah la dia banyak kali. Aku memang yakin betei kalau agah budak ni memang aku hebat. Sekalian baby akan lena kat pangkuan aku punyalaa. Bukan nak bangga. 

"Aucakkk! Aucakk!" Ammar diam, pandang muka aku senyum tidak masam pun tidak. Kay takpe.

Aku pun terus fikirkan lagu apa nak nyanyi untuk budak ni. Apa barang lagu putih putih melati tu. Lagu orang tua kot. Urmm ermm urmm. Hah! Baru aku teringat lagu kanak kanak yang top sekarang ni lagu Boboiboy. Aku pun dah hafal sebab fabret Aiman kot lagu tu. Dengan penuh yakinnya aku nyanyi.
"Alien datang menakluki bumi,
Demi koko yang dicari cari, 
*sambil goyangkan kaki dan tangan dia mengikut rentak* 
Mereka kan tiba tak lama lagi,
Apa mungkin terjadi,
Jadi kita perlukan penyelamat bumi~"

Aku tengok muka dia maintain sama. Takde apa2 reaksi. Ah, ini senang je. Satgi masuk chorus mesti sengih punya. Confirm, CONFIRM! Aku pun terus nyanyi dengan kuat.

"BOBOIBOYYYYYY~!"

punyala kuat aku nyanyi part tu sampai Ammar tu terkejut sambil mata terbeliak. Aku memang syak dia kagum dengan kehebatan aku. Yes, kali ni berjaya kali ni berjayaaaa! Aku gelak keriangan sampai terdongak dongak kepala ni. Tiba tiba...

*krik krik*

"huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!" Ammar menangis. Lagi kuat, lagi nyaring, LAGI TERUK DARI TADI !!

Ah celaka! Aku gagal! Dah, malas jaga! Aku masuk bilik sambung tidur sambil tu terdengar sayup2 ibu aku bebel sambil pujuk Ammar dengan lagu putih putih melati beliau. Dah, aku malas jaga, aku malas jaga, aku malas taip, aku malas tulis lagi. Sudah!

*tarik selimut*
Celaka, aku gagal. Ya, gagal.......

"Putih putih melati,
Meghah meghah delima,
Siapa yang baik hati pastiku terimaa
Ohhh~"
Lagu tu sayup kedengaran dan aku terlena balik bila terdengar dendangan lagu tu oleh ibu aku. Berkesan betei lagu tu melentokkan aku. Time tu baru aku admit lagu tu memang boleh buat kita tertidur. Celaka punya Boboiboy.


p/s : Jangan pandang rendah kehebatan seorang insan yang bergelar ibu.
Share This Post | Irfan Roslee

0 comments:

Post a Comment