Pages

Followers

23 July 2013

I Love You yang Ewww

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera


Aku dah lama tak menulis sebab takda apa yang mampu menaikkan nafsu aku untuk menulis. Tapi, sekarang aku rasa nak menulis sekejap sebab rasa meluat yang terlampau meluat terhadap mereka yang meluatkan tu. Aku nak tulis ni pun dah meluat. Eh, meluat la aku! 

   *krik krik*

Apa yang aku meluatkan sangat ni adalah bila tengok pasangan yang baru dok couple (topik cinta lagi? Ah lantak) sampai tak ingat dunia ni. Aku tak faham kenapa diorang ni terlampau beriya bila mula mula couple sedangkan pengalaman bercinta sebelum ni dah cukup menunjukkan percintaan tu satu penyiksaan. 

Apa yang aku cuba nak tulis kali ni adalah antara kaedah yang boleh digunakan kepada pasangan yang dah tak boleh tahan gatal nak bercinta. Ataupun sebagai panduan kepada pasangan yang tengah dok syok bercinta supaya tidak nampak terlampau over ataupun miang. 


1. Jangan Terlampau Beriya

Yes, inilah kunci kejayaan dialam percintaan. Jangan terlampau beriya. Kejap, apsal aku rasa nak muntah dengan ayat aku? Ahh, lantaklaa. Ehem! Berbalik kepada topik. Bila kita bercinta lagi2 tahap permulaan ni, please la jangan beriya iya. Bila kita terlampau beriya, kita akan menunjukkan diri kita ni terlampau desperate untuk dapatkan cinta. 

Hari hari kau nak message, call, tak cukup tu siap jumpa lagi. Kau takde orang lain ke kat dalam dunia kau ni sampai setiap saat hidup kau dihabiskan dengan pasangan yang tak sure entah sampai bila tu? 

Please ingat, semakin kita beriya iya dalam relationship tu, semakin sakit kita bila masalah berlaku. Bila kita bagi effort yang lebih, harapan kita pun mesti la lebih kan? So, kenapa mesti risiko-kan diri?



2. Jangan Jadikan Budaya

Apa yang aku cuba sampaikan adalah perkara yang special jika dilakukan jarang2 tetapi telah dilakukan selalu seolah olah itu satu budaya ataupun kewajipan. Natang benda tu? Kejap, korang baca sampai bawah *ayat pancing*

Setiap kali call/message mesti pesen sekarang ni akan kata LOVE YOU, MISS U, n kalau yang lebih hebat dan gatal  tu siap MUAH MUAH bagai kan? Sekarang ni aku nak tanya balik, kenapa perlu setiap kali kita nak tamatkan conversation tu mesti selitkan ayat geli2 tu sedangkan aku rasa masing2 admit bukan setiap masa kita rasa nak bergeli geli dengan pasangan masing2. Sebagai contoh, kita tak rasa setiap masa nak ucapkan SAYANG tu n bukan setiap masa rasa RINDU tu datang. Kan? So, kenapa? Kenapa mesti cakap? Yes, sebab dah dijadikan budaya. Melayu kan terkenal dengan budaya budaya yang dicipta sendiri.

Sama juga macam setiap pagi wajib wish Good Morning, nak makan kena bagitau, nak pergi mana mana kena bagitau. Padahal kita sendiri taknak lakukan macam tu kan sebab perkara macam ni akan buat kita rasa terkongkong. Tapi sebab rule yang ditetapkan dalam sesebuah relationship tu, ianya dijadikan budaya untuk membuktikan tanda setia. Ah, ayat macam celaka pesen kamus dewan bahasa pustaka.

So please, bagi aku tak perlu kata SAYANG kalau kita tak rasa time tu, tak perlu kata rindu kalau kau memang tak rindu. Tak perlu buat benda yang kau tak suka tu. Tak perlu tak perlu.

Tapi orang kata benda ni kita buat untuk jaga relationship. Biarla terpaksa kita buat asalkan dapat jaga relationship. Aku nak tanya, kau manusia plastik ke? Pilih sendiri


3. Orang Lain Pun Bercinta

Yup! Aku tekankan sikit kat point ni walaupun aku letak no 3. Orang lain pun bercinta, ingat tu. Tak perlu kita bangga banggakan sangat dengan lovelife kita. Kita mungkin rasa bahagia tapi orang lain? Jealous? Arghhh, please. MELUAT ada la.

Bayangkanla kalau buka facebook/twitter kita tengok couple ni duk update post jiwang jiwang je. Itu takpe lagi. Yang update post setiap minit pasal lovelife korang tu dah kenapa? Tak ada benda yang lebih membahagiakan selain lovelife korang? Bullshit semua tu. Mana kau campak kehidupan kau sebelum kau ada couple ni? Ataupun sebelum ni kau mayat hidup dalam keadaan koma sampailah kau jumpa cinta kau baru kau sedar? Tak cukup dengan tu keluar berpeluk peluk, belum kira wayang dalam wayang lagi. Ya, wayang dalam wayang, bukan typo. Kemain dah takde limit. Orang lain tengok pun meluat. Eeeee! 

Dah kenapa aku emosi lebih ni?

Bila kita dok sebut apa yang orang lain akan fikir kita mesti cakap, "biarlah apa orang lain nak fikir, mulut orang kita tak boleh nak tutup." Bagi aku senang je, kenapa kita perlu fikir untuk menutup mulut orang sedangkan kita boleh pilih cara yang tak akan membuka mulut orang langsung dari mengata pasal kita. 

Seriously bagi aku couple yang bercinta bagai nak rak ni tak ada orang berani nak dekat sebagai kawan. Sebab bosan dan meluat tengok gaya hidup yang membosankan. Love, love, love. Muntahlah kau. Aku tak kata jangan bercinta. Takde sapa boleh halang rasa tu datang. Tapi, bila dah bercinta tu jangan la sampai tak ingat dunia. Sebab bila cinta tu dah tak ada nanti, kau akan kembali kepada kehidupan asal, sebagai seorang yang single. Masa tu baru nak ingat Allah, baru nak ingat family, baru nak ingat kawan2.

-off topic-

Setiap manusia pernah bercinta, aku sendiri pernah bercinta. Aku bercakap bukan sebab aku sempurna serba tahu, aku just kongsikan pendapat sebagai seorang pemerhati.

Someone pernah cakap dekat aku dan sampai sekarang aku ingat ayat dia dan aku selalu berpesan dekat kawan2 aku juga.

"Kita hidup ni umpama burung, kita bebas untuk terbang kemana mana .
Tapi, jangan terbang terlalu tinggi, nanti bila jatuh sakit"


Share This Post | Irfan Roslee

0 comments:

Post a Comment