Pages

Followers

20 December 2012

Ramalan Tentang Esok Kiamat


Assalamulaikum
&
Salam Sejahtera

dah lama aku senyap, kini aku kembali untuk sentuh pasal isu ni.isu yang boleh dikatakan berat oleh sesetengah orang dan ada juga yang memandang remeh.

seperti sedia maklum, minda kita telah diracuni oleh kafir laknatullah dengan mengatakan esok, bersamaan 21 Dec 2012, Jumaat adalah hari kiamat, iaitu hari terakhir untuk kita semua. seram kan? kan? kan? sejauh mana betulnya ramalan tu?


Ahli falsafah Perancis, Nostradamus yang hidup di abad ke-16 meramal kononnya sebuah planet akan melanggar bumi sehingga menyebabkan kemusnahan, namun teori paling popular adalah pada 21 Dec 12 menandakan berakhirnya kalendar 5125 tahun Maya. 
Mengikut tafsiran kalendar itu, apabila berakhirnya waktu subuh Jumaat, mengikut kalendar Maya, ia menandakan berakhirnya bak'tun 13 dan permulaan bak'tun 14. 
Persoalannya, kenapa majoritinya mengikut kalendar Gregorian (kalendar yang kita gunakan sekarang), secara tiba2 menjadi taksub kepada kalendar Maya yang tidak ramai memahami pengiraannya malah tamadun itu sudah lama runtuh.
sumber : Harian Metro 

serius.lepas subuh esok akan berlaku kiamat? kalau korang percaya ramalan tu, sekaligus korang percaya akan ada hidupan pada bak'tun 14 aitu ada lagi kehidupan baru dimuka bumi ni. alaa, macam cerita 2012 tu. kan ada sesetengah manusia yang masih terselamat.kita sendiri tahu, dalam Islam, bila berlakunya hari kiamat, bumi akan hancur, tiada satu pun hidupan yang terselamat. tak akan ada kehidupan baru dan setelah berlakunya kiamat, kita semua akan ke padang Mahsyar, tiada siapa yang terkecuali. so, percayakah anda? fikir fikirkan.

bagi aku, itu semua tak logik. sebab ianya hanyalah ramalan yang dibuat oleh masyarakat tak bertamadun. tahukah anda, benda2 macam ni lah yang membuatkan akidah kita terpesong. dan semua ini telah dirancang oleh kafir laknatullah untuk memesongkan umat Islam. memang di dalam Islam, kiamat akan berlaku pada hari jumaat. tetapi tidak dinyatakan tarikhnya,mungkin esok, mungkin minggu depan. apa yang kita perlu buat, ambil semua ini sebagai iktibar. kita selalu diingatkan 

"beramal ibadatlah kamu seolah olah esok kamu akan mati/kiamat"


akhir sekali, aku nak minta maaf andai kata penulisan aku kali ni menyinggung mana2 pihak.aku just nak kongsi apa yang aku tahu dan pandangan peribadi aku. 


Share This Post | Irfan Roslee

2 comments:

  1. Buat apa nak minta maaf. Betullah apa yg dikatakan oleh saudara. Tak payah nak fikir atau kira hari kiamat tu bila, dah tentu rahsia Allah. So, sebagai manusia biasa, xperlulah nak kira bila kiamat datang sebab Allah sahaja yang tahu. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. Yang penting kito ini siap siap ajo menghadapinyo

    ReplyDelete