Pages

Followers

30 April 2012

Pendapat Aku Tentang BERSIH


Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera

memang lama aku tak berblogging. apa sebabnya? sebab aku rasa aku nak rehat sekejap. tapi tiba2 aku rasa nak menulis tentang satu perkara ni. ye, isu ni tengah hangat. BERSIH. apa itu BERSIH? wahh! siap kuning gitu.

apa yang aku tau BERSIH ni adalah sekumpulan NGO yang menuntut pilihanraya yang adil, telus, dan bebas.

nampak mudah kan apa yang cuba disampaikan? okay, senang cerita, supaya BN tak menang sokmo, bagi hok lain tu menang pulok sebab selama ni nampok macam menipu benor pilihanraye tu. faham? aku taknak cakap panjang lebar dekat sini. aku tau aku sepatutnya tidak mengeji mana2 pihak. tapi aku gunakan medium blogging ni sebagai tempat aku bebas bersuara.

kita semua tahu apa yang dah jadi selepas BERSIH 3.0 ni. anggota polis dipukul, wartawan dihentak. itu kata media massa la kan. ahli2 BERSIH aku rasa ada juga yang cedera tapi mestilah dirahsiakan oleh pihak media. well, kita hidup didalam dunia politik kan. tapi aku taknak pun cakap pasal polis kena pukul, makcik jual goreng pisang kena ragut atau sewaktu dengannya. cuma apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini adalah kekecewaan aku dengan apa yang dah jadi dekat Malaysia, negara kita sendiri, negara Islam yang rasmi.

okay, senang cerita aku tak sokong BERSIH ni dilakukan. puas hati? ada yang nak bagi kenyataan? meh. tapi jangan cari gaduh.


guys, BERSIH memang dibenarkan buat. takde masalah. tak silap aku korang dibenarkan buat tuntutan dekat stadium yang telah disediakan. tapi kenapa korang pilih buat di tempat awam sedangkan stadium adalah tempat yang lagi selamat, tidak melibatkan orang awam dan tak mungkin akan berlaku pergaduhan.

tapi apa yang berlaku? korang terpekik2 kat tempat awam, ganggu lalulintas, dan yang paling memalukan, dekat sekitar kawasan yang ada masjid pulak tu. kenapa perlu macam tu sekali? perlu ke nak buat rusuhan macam tu?

aku bagi contoh yang paling senang, let say korang nak duit dekat mak korang, kalau korang maki hamun mak korang agak2 mak korang akan bagi ke?sama la dengan situasi BERSIH ni. korang nak buat tuntutan, tapi dengan cara kasar, macam mana orang nak laksanakan?

rakyat seluruh Malaysia boleh berhimpun di dalam satu tempat untuk buat tuntutan ni. sanggup datang dari jauh berdiri tengah panas untuk ketengahkan suara rakyat. kan berbaloi datang daripada jauh dengan cara yang elok, tak perlu nak habiskan suara dengan memekik, tak perlu nak habiskan tenaga dengan bergaduh.

aku tak salahkan semua ahli2 BERSIH ni. hanya sesetengah sahaja. aku tau ada yang hadir tu benar2 ingin membuat tuntutan. bagi aku ada 2 kategori orang yang buat kekecohan ni.

1. Pendek akal
orang macam ni sebenarnya takde apa2 pun dia nak buat. dia cuma datang untuk memeriahkan keadaan je sebab mereka ni telah ditaja oleh sesetengah pihak dari segi pengangkutan, makanan dan tempat tinggal (bagi yang duduk jauh). baru tau ke? hah sebab tu laa ramai. orang jenis macam ni cuma memeriahkan keadaan dan diorang laa yang terlampau emosi bila berlaku kekecohan sebab masa tu laa nak tunjuk hero.

2. Terlampau taksub
ini yang payah ni. diorang terlampau taksub sampaikan aku rasa time tu tak tahu apa agama diorang. yela, majoriti ahli BERSIH beragama Islam, tapi ada nampak macam Islam? Islam ada ke mengajar cara bergaduh sesama saudara seagama? dok memekik ALLAHHUAKBAR tapi aku boleh bet yang ramai tak pergi solat Zohor time tu kan? Allah SWT kita tak boleh tipu.

golongan2 macam ni la yang merosakkan negara, merosakkan ukhuwah sesama kita. ehem, macam ustaz pulak dah..kehkehkeh..

eh, serius serius.
lagi satu masalah, aku betul2 tak puas hati pihak yang memaki2 pihak polis. untuk pengetahuan, anggota2 yang bertugas tu hanya mengikut arahan dan cuba mengawal keadaan. so, korang takde hak untuk kata polis pengecut, polis tu anjing ke apa ke. dah itu memang tugas diorang, untuk cari rezeki yang halal nak bagi makan kat anak bini. tak kisah la kalau kata diorang kuat makan duit rasuah ke apa ke, kita tak boleh nak menghukum kalau takde bukti. kalau mereka tidak mengaku, itu urusan mereka dengan Allah. siapa korang nak menuduh, menilai, menghukum, tanpa sebarang bukti?
renung renungkan.

okla, aku rasa pun dah terlampau banyak membebel kat sini dan aku risau pulak kalau ada pihak yang tak puas hati nanti. kot2 ada geng2 BERSIH kat sini, mampuih aku.

lastly, aku nak mohon maaf kalau ada pihak yang tak puas hati dengan penulisan aku ni. at least, aku gunakan medium yang betul untuk suarakan pendapat dan aku tak masuk2 mana2 ruangan dan tiba2 bagi pendapat macam ni sebab aku tahu kalau kita lakukan komunikasi antara dua pihak yang berbeza pandangan, mesti akan bergaduh. so, inilah paling sesuai, blog. 


oh lupa, tak tau apa itu tuntutan BERSIH 3?
ni dia
1. Bersihkan daftar pemilih
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh kempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
okay, sekarang aku nak tanya, siapa ahli BERSIH yang betul2 ingat senarai tuntutan ni? segelintir kan? dan yang memekik bergaduh tu, aksi je lebih tapi tak tahu apa yang diperjuangkan.

Share This Post | Irfan Roslee

0 comments:

Post a Comment