Pages

Followers

25 November 2011

Mana Korang Pilih? Suka or Sayang/Cinta?

Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera

okay, taknak cakap sorry dah sebab lama tak update blog. mesti korang dah muak kan? haha. okay, fine. serius takde idea untuk berblogging sekarang ni. taknak bebel panjang jom mulakan terus!

Situasi 1
bile kite suke kat seseorang ia akan mudah hilang tanpa kita sedari..tp bile kite syg kt seseorang pelbagai cara skali pn ssh nk hilang kan
okay, ayat kat atas sekali tu adalah daripada status collegemate aku, Bob. first sekali, aku nampak ayat tu macam mengada frust je. haha. sorry bob. itu tanggapan aku je. maaf kalau salah. apa2 pun, aku setuju dengan kata2 dia. kita senang untuk lupa dekat orang yang kita suka tapi susah untuk lupa dekat orang yang gedik kita sayang.

suka dan sayang adalah 2 perkara berbeza. suka ni bagi aku sangat universal. sayang tu pulak adalah satu perasaan yang kita tak mintak dia datang tapi hadir secara automatik dalam diri kita. *perghh ayat aku* hahaha. okay, sebagai contoh.

suka tak bermaksud sayang
bila kita sukakan seseorang, adalah disebabkan
  • si dia ada paras rupa
  • si dia mempunyai kepandaian
  • si dia menjadi tumpuan orang ramai
tetapi, bila kita sayangkan seseorang, adalah disebabkan
  • si dia mempunyai budi pekerti yang mulia
  • si dia saja yang mampu memahami hati kita
  • si dia mampu mengubah hidup kita
"perghhh! geli aku baca ayat kau fannn!." well, aku tak kisah. tapi aku tau korang admit jugak kan? sebab itulah hakikatnya. senang cerita, kita hanya sukakan seseorang itu disebabkan mainan mata kasar kita tapi kita akan sayangkan seseorang itu melalui mata hati kita. *muntah dengan ayat sendiri*

memang susah nak lupakan orang yang kita sayang. lagi2 tak dapat feedback yang positif. tapi, kita sendiri kena terima hakikat. macam aku sendiri, untuk hal ni aku just mampu nasihatkan
"bukan semua yang kita inginkan tercapai"
yes, aku selalu ingatkan diri makcik aku sendiri bila aku dalam situasi tu. Alhamdulillah berkesan jugak kata2 tu. tak salah kalau motivasikan diri sendiri kan?

Situasi 2

okay, Bob ada tulis jugak kat status dia sebelum ni
which boy/girls will u all choose..the one that love u or the one that like u?
bagi aku, aku lagi prefer the one that like u. sebab? bila kita pilih seseorang yang kita cinta, mungkin kita tak dapat feedback yang positif sebab dia akan rasa dia bagus-lah-sangat. *puihh* tapi bila kita pilih seseorang yang sukakan kita pula, mungkin kita akan lagi bahagia. sebab orang yang sukakan kita akan lebih menghargai diri kita berbanding orang yang kita cintakan.

apa2 pun jangan samakan situasi 2 ni dengan situasi 1 tu. konteks dia sangat berbeza. cuba fahamkan betul2 dan korang mesti akan angguk sorang2. kehkehkeh.

cinta bermaksud sayang
orang yang kita cinta mungkin akan
  • sakitkan hati kita sebab mereka tahu kita sayangkan mereka so mereka akan buat cara tak ambil kisah sangat.
  • tinggalkan kita sebab kita tak tahu sama ada mereka cintakan kita juga atau tidak.
tetapi, orang yang sukakan kita mungkin akan
  • lebih menghargai kita jika kita terima mereka sebab itu yang mereka mahu
  • menjaga hati kita sebab, once mereka dapatkan kita mereka akan jaga sebaik mungkin.
clear? okay, sampai sini je laa. tunggu post aku tahun depan! hahahaha
Share This Post | Irfan Roslee

1 comment:

  1. well,time kasih ats pencerahan pndpt sndiri.helpful.

    ReplyDelete