Pages

Followers

15 October 2011

Tanggugjawab Anak Perempuan Terhadap Ibubapa Lepas Setelah Berkahwin

Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera

Masa aku tengah borak-borak dengan kawan aku tadi, terbuka cerita yang ada kawan kitorang nak kahwin. aku macam, 'What? Muda-muda dah kahwin?Gelojohnyaaa Awalnyaaa!' Tapi tak kesah laaa, dia perempuan, perempuan kan memang gatal patut kahwin awal. Tak elok lambat-lambat. Nanti jadi anak dara tua. Dah kurang mengancam. Aummm!

Then, tiba-tiba terfikir, bakal suami dia mesti seorang yang berani. Yes, kahwin pada usia yang muda dan memikul tanggungjawab yang besar. Satu tanggungjawab kepada isteri, dan satu lagi kepada ibu bapa. Macam perempuan, tak kisah. Kena taat dekat suami je.

Ehhh, kejap kejap kejap. Taat dekat suami je? Then takde tanggungjawab dekat parents dah? Urmmm. Iyelah, kalau perempuan dah kahwin, tanggungjawab dia adalah patuh pada suami dan dia tidak terikat untuk menjaga ibu bapa dia. Tugas menjaga ibu bapa adalah anak lelaki. 

Hahhhh. itu aku nak bincangkan hari ni.*fuhhh, panjangnya intro*


Tanggungjawab anak perempuan terhadap ibu bapa akan lepas setelah berkahwin. Betul ke?

Salah! Ramai yang salah faham. Sebenarnya bukan tanggungjawab tu 'lepas,' tapi sebenarnya dia ada turutan. Fahamkan betul-betul.


Takkan korang nak buat bodoh je dekat parents korang kalau dah kahwin?
Takkan korang lupa jasa mereka jaga korang dari kecik sampai laa korang dah pandai menggatal?
Well, memang ramai anak perempuan sekarang ni yang abaikan ibu bapa. Bukan nak salahkan perempuan je. Tapi disebabkan kononnya 'tuntutan agama' yang mendorong diorang untuk taat dekat suami je. Tapi sebenarnya tak fahamkan betul-betul tuntutan tu.

Sebagai seorang suami, kita tak bole menghalang si isteri untuk berbakti dekat ibu bapa dia. Walaupun kita patut ditaati isteri, tapi kita juga kena mengingatkan dia perihal ibu bapa. Celaka, apsal ayat aku macam skema habis? Okay back to the topic.

Bagi si isteri pula, janganlah abaikan tanggungjawab sebagai anak tu. Tau la taat kepada suami tu terlebih dahulu, tapi jangan lupa selepas suami, ibu bapa. Ibu bapa still on the list la bebi.

Itulah orang yang besarkan korang. Mula dari kecik, pandai bercakap, jadi anak yang solehah, then sampailah korang dah pandai menggedik, menggatal, dan sebagainya. Mereka lah yang menjaga korang. korang tak ingat ke jasa mereka? 

Lagi satu, kesiankan laa kat adik beradik lelaki korang. Diorang pun kalau berkahwin kena jaga isteri dan anak-anak. Then, ibu bapa lagi. Kalau ramai adik beradik laki takpe. Kalau macam aku yang baik ni? 3 kakak, aku sorang je laki. Kalau aku dah kahwin nanti tanggungjawab aku kat ibu dan ayah aku + mertua, then dekat bini dan anak-anak aku. Itu baru bini pertama. Macam mana bini kedua dan anak-anak? Bini ketiga dan anak-anak? Dan kalau dimurahkan rezeki, macam mana bini keempat dan anak-anak? Ehem!

See, nampak tak betapa besarnya tugas sebagai lelaki. Then, anda sebagai perempuan, tugas anda adalah untuk meringankan beban lelaki. Dalam perihal ni, janganlah menganggap tugas anda dah lepas bila dah kahwin. Janganlah terlampau ikut apa orang kata. Buka mata, lapangkan dada, fahamkan tuntutan agama, jadilah insan yang berguna. Perghhh ayat aku~

Meh, luangkan 4 min kita layan lagu kat bawah ni. Renung renungkan


sayang ibu dan ayah tak? sayang? pandaaaai~
Share This Post | Irfan Roslee

15 comments:

  1. statement tu tak memaksudkan spt ape yg dinyatakan. manusia yg waras seharusnya ade common sense kan. ssh sng, mak ayah jgk yg dicarik. klu yg xde common sense tu xtaw nk cakap la.

    ReplyDelete
  2. lelaki ni tggjwb sgt berat :) bila dia kahwin, mak bapak isteri dia pun jd mak bapak dia . yg si isteri, ptt tolong suami dia...tahu kawem muda, dan si lelaki pun nk cari nafkah lagi, jgn minta macam2. :)

    ReplyDelete
  3. tp kebanyakan nye tu yg berlaku skang..pompuan yg da kawen rse cam bebas dri kluarge asl n ade kluarge sndiri...errr... ngarot je aku nih...LOL

    ReplyDelete
  4. ahaha..dh gatai nk kawen 4 trus ye? kik3 :P

    ReplyDelete
  5. haha.. sory menyampuk.. ak rase la... bagi lelaki yg berkawin la... lelaki tu tambah lagi satu job actually.. dah tambah lagi satu tanggungjawab..
    depends gak r lelaki tu da ready utk kawin dari segi material or dari segi mental.. ^^

    ReplyDelete
  6. itulah tanggungjawab lelaki sebenarnya...pandai-pandailah yea..kalau rasa berat sangat tak payah la bro tmabah ke-2. ke-3 dan ke-4 kalo tak mampu.lagi satu faraid nanti kita dapat lebih bahagiannyer...tapi situasi sekrang selalunya anak perempuan yang lebih concern pasal makbapak even selepas kawen..lelaki rileks jer tambah-tambah yang kena QualityCOntrol kat rumah...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. kat sini aku tak berapa nak puas hati tanggungjawab anak llaki terhadap ibu bapa after kawin.. bnda nie berlaku dlm family aku yang sulong.. dekat bini belanja sakan tapi untuk mak ayah di kg xde ape nak di hulur.adik beradik mintak pun mengeluh..katanya tak de duit.. tapi bila bukak dompet berkepuk2 duit.. untuk bini memanjang je ada duit beribu2 no hal bagi dia, sakit hati nie xde langsung rasa tanggungjawab nak ringankan beban mak ayah..

    ReplyDelete
  9. semua anak2 ade tanggungjawab pd ibubapa tak kira lelaki ker prpn..tp berat pd lelaki...tp zaman skang anak prpn yg lebih2 amik tau pasal parents, anak laki byk lepas tgn, maklumlar dh ade famili sendri. dr segi masa, kos n tenaga byk anak prpn yg korbankan..

    Yg prpn pun ade yg lepas tgn pada paents..maklumlar dh kawin...elak diri tuk jaga parents...kononnya patuh arahan suami yg tak benarkan bg perhatian pd mertua..sepatutnya isteri kenalar pandai mmujuk suami spy betolak ansur ngan mertua...bukannya ikut telunjuk suami 100%. kena gak pujuk sedaya mungkin. ..suami pun kena ingat lar mertua kita tu parents istri...klu takde mereka takdelar kawin ngan anak dorang....kenalar ade prsn...tak rugi masa tenaga n kos yg kite korbankan utk mertua...insyaallah segala perbuatan baik yg kita lakukan utk parents n mertua akan dicontohi oleh anak2 kita nanti.

    ReplyDelete
  10. jadikan diri terus jadi permata untuk zauj dan family,,inshaaAllah

    ReplyDelete
  11. Saya anak pertama... dah macam bank... saya tak dilayan adil oleh ibu bapa saya... masa saya belajar... ibu bapa banyak je duit.. tapi keperluan untuk saya belajar.. banyak yang dikurangkan... katanya demi adik adik yg masih sekolah.. tapi saya redho.. walau banyak benda saya terpaksa cari sendiri... tapi... setelah saya bekerja... saya tiap bulan bagi hampir keseluruhan duit gaju saya pada ibu dan adik beradik.. katanya.. sbb saya dah senang.. saya kena bantu mereka pula.. tapi saya tetap akur... 7 tahun saya bekerja... hidup susah tapi menyenangkan mereka yg enjoy2 dengan duit saya.. sehinggakan saya lihat ibu bapa saya semakin stabil... jadi saya berkeputusan utk berhenti keje sbb nak duduk bersama suami.. dan ada anak kecil... bila saya berhenti keje.. duit gaji saya tiada lagi utk diberikan kepada ibu dan adik2... ada pun duit suami yg di ehsankan suami untuk ibu saya dan adik2... mana kami mampu kami beri.. mana yang ada.. akan dikongsi.. tetap tak jadi sangat kaya... walaupun gaji suami sepatutnya kami sangat mewah.. alhamdulillah.. suami redha... tapi lain pula jadinya.. bapa saya kerja best... gaji mewah... sehingga 10 kali ganda lebih dari apa yg sayapernah beri pada ibu dan adik adik... tapi makin tak cukup2 pula mak dan adik beradik saya... skrg abah saya nak pencen... diungkit2 saya tak keje kenapa... apa nak buat??

    ReplyDelete
  12. Nama saya Lena, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada doktor yang hebat saya yang benar-benar membuat hidup saya yang menyeronokkan satu hari ini. Ini lelaki yang hebat DR IREDIA membawa suami saya kembali kepada saya, saya mempunyai tiga kanak-kanak yang indah untuk suami saya. Kira-kira empat tahun yang lalu, saya dan suami saya telah menjadi satu pergaduhan yang lain sehingga dia akhirnya meninggalkan saya untuk seorang wanita. Saya rasa hidup saya telah tamat dan anak-anak saya fikir mereka tidak akan melihat bapa mereka lagi. saya cuba untuk menjadi kuat hanya untuk anak-anak tetapi saya tidak boleh mengawal rasa sakit yang menyeksa hati saya, hati saya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan kerana saya benar-benar cinta dengan suami saya. Setiap hari dan malam i menganggap beliau dan sentiasa ingin dia akan datang kembali kepada saya, sehingga satu hari i bertemu rakan baik saya yang juga dalam keadaan seperti saya tetapi masalah beliau adalah bekas teman lelaki yang dia mempunyai kehamilan yang tidak diingini untuk dan teman lelakinya enggan bertanggungjawab dan dibuang itu. dia memberitahu saya bahawa saya adalah kes kecil dan bahawa saya tidak perlu bimbang tentang hal itu sama sekali, jadi saya bertanya apa penyelesaian kepada masalah saya dan dia memberikan saya alamat e-mel orang yang hebat ini. i telah meragui jika orang ini adalah penyelesaian, jadi saya dihubungi lelaki yang hebat ini dan dia memberitahu saya apa yang perlu dilakukan dan i perbuatan mereka semua, beliau memberitahu saya menunggu selama dua hari dan bahawa suami saya akan datang merangkak di kneels untuk mohon ampun saya jadi saya dengan setia itu apa yang manusia besar ini meminta saya untuk melakukan dan yang pasti selepas dua hari saya mendengar ketukan di pintu, dalam terkejut besar saya i nampak dia di kneels dan i terkedu, apabila dia melihat saya, semua dia menangis dan meminta saya untuk pengampunan, dari hari itu, semua kesakitan dan kesedihan di dalam hati saya terbang, sejak itu saya dan suami saya dan anak-anak yang indah kami gembira dan kita hidup sebagai satu keluarga. Sebab itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DR IREDIA pertolongannya. Ini lelaki besar yang dibuat saya untuk memahami bahawa tidak ada masalah di bumi yang tidak mempunyai penyelesaian jadi jika anda tahu bahawa anda mempunyai masalah yang sama atau mana-mana masalah yang sama, saya akan menasihati anda untuk datang terus ke lelaki yang hebat ini. Hubungi dia dengan e-mel ini (drirediaherbalhome@gmail.com) dia ada untuk membantu anda.

    ReplyDelete
  13. Tugas dan tanggungjawab lelaki mmg berat... dan tanggungjwb perempuan yg bergelar isteri tu dh jd lain..dah berbalik kpd keluarga suami plk...

    ReplyDelete
  14. Ramai wanita sekarang yg bergelar isteri sanggup mendurhakai suami demi memenuhi tuntutan ibu mereka. Jadi di mana tanggungjawab isteri yg sebenar ibu atau suaminya???

    ReplyDelete
  15. Ni berdasarkan pemahaman atau hadis? Jika ada mohon nyatakan supaya elak fitnah dan mengulas hanya pada pandangan dan pahaman sendiri.

    ReplyDelete