Pages

Followers

20 October 2011

Diari : Takziah Buat Sahabatku, Yen

Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera

19-oct-2011

hari ni aku rasa bosan sangat. tak tahu kenapa. malas pun ada. padahal baru plan nak pergi settlekan saman tapi sebab kemalasan tahap gaban so aku postpone dulu. hari ni aku kerja pukul 5 petang. tapi sebab malas aku lengah2 je. sempat lagi online. then siap2 nak pergi kerja, hujan pulak. 

"haishh, aku dah siap pakai baju kerja boleh hujan pulak. ni yang malas ni," then aku tunggu laa dulu. tiba2 pukul 4.25 petang macam tu, aku dapat call dari kawan aku Yen. pelik juga laa tiba2 call.

"helloooooooo," bukan main kuat lagi aku cakap sebab agak pelik dia call time tu. tapi Yen sambut dengan nada yang sangat perlahan.

"hello fan, mak aku dah meninggal, tolong bagitahu budak2 lain," aku dapat dengar suara dia tersekat2 dan aku tahu dia tengah nangis.

"inalillah, ok2," balas aku. aku tak tahu nak cakap apa. mungkin sebab terkejut dan aku tak tahu apa yang aku perlu cakap time tu untuk tenangkan dia.

letak je fon aku terus pergi ke ibu aku dan bagitahu berita buruk tu. aku terus buka baju kerja aku. memang tak laa nak pergi kerja dah. lepas tu aku call kawan2 untuk sampaikan berita dan sama juga dekat facebook, aku inform. 

patutlah Allah turunkan hujan dengan lebat time nak pergi kerja tadi. kalau tak hujan mesti aku dah pergi kerja dan tak dapat ziarah Yen. terima kasih kepada Bob sebab tumpangkan aku dengan Mamat pergi rumah Yen di Batang Kali. sampai2 je dalam pukul 6.30 petang. aku tengok memang kusut je Yen tu. yes, mak meninggal, siapa tak sedih? siapa tak menangis? emak satu je dalam dunia ni. takde pengganti. 

lepas borak2, lepas maghrib kitorang sempat juga laa bacakan Yassin. masa bacakan Yassin untuk arwah, tiba2 air mata aku berlinang. bacaan pun tersekat2. ye, tak malu aku nak mengaku kat sini. tak tahu kenapa. sebak je rasa dengan pemergian arwah walaupun aku tak berapa rapat. mungkin sebab aku terkenang nasib Yen. yela, kawan aku yang paling rapat tu.

arwah berumur 46 tahun tak silap aku. Yen cakap, mak dia meninggal beberapa minit sebelum dia call aku. lepas je mak dia meninggal, azan asar berkumandang dan hujan turun dengan lebat. kuasa Allah SWT. arwah sangat baik orangnya. walaupun aku jarang jumpa mak Yen, tapi sempat jugak aku berbual2 dengan arwah beberapa kali ketika melawat di hospital memandangkan arwah selalu masuk hospital Selayang yang dekat je dengan rumah aku. memang seorang yang baik hati. ada dulu aku pergi rumah Yen dengan Pajel & Syamil, arwah siap hidangkan bubur kacang lagi dekat kitorang. yes, aku ingat lagi semua tu. dan lepas daripada tu, aku selalu cakap kat Yen "bila lagi nak merasa bubur kacang mak kau?"

apa2 pun, yang hidup pasti akan pergi meninggalkan kita semua. takziah diucapkan kepada Yen dan keluarga atas pemergian mak dia. sama2 lah kita sedekahkan A-Fatihah.

Al-Fatihah

|
|
|
|
|
|
|
|

buat yen,
aku harap kau bersabar. Allah SWT lebih sayangkan arwah. ada hikmah disebalik semua ni. Allah ambil nyawa mak kau sebab dia taknak mak kau menderita sakit. jangan bersedih. sekurang2nya aku tahu kau banyak berbakti dengan mak kau. jaga dia masa sakit, ambil berat dan aku selalu nampak kau utamakan mak kau dari semua segi. aku pasti arwah sangat bersyukur dapat anak macam kau. hidup mesti diteruskan, kami kawan2 sentiasa ada di sekeliling kau. ingat segala pesanan arwah okay? semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman. amin
Share This Post | Irfan Roslee

5 comments:

  1. takziah juga diucapkan. kdg2 kita tak sangka pun. malah x bersedia :(

    ReplyDelete
  2. takziah juga... tp jika nk dickp kan psl org meninggal nih...ak rase bersalah sgt2 mase jiran sbelah umah ak meninggal ak tak pergi langsung walaupon dgn tahlil skali... rse mcm ak nih jiran yg sgt kejam sdangkan ak ade kat rumah mase tuh..

    ReplyDelete
  3. takziah juga..
    harap bersabar..
    mmg sedih bila bila orang yang paling bermakna dlm hidup nie pergi wat selamanya...
    krm salam sekali kat kawan yee..dan harap bersabar.. =)

    ReplyDelete
  4. takziah. semoga arwah ditempatkan disisi org yg beriman. aminnn

    ReplyDelete