Pages

Followers

15 September 2011

Surat Untuk Anak Buahku



Dear Aiman, 
paksu tak tau nak cakap pe.tapi paksu happy sangat semenjak bergelar 'pak su'. tapi, semenjak kamu keluar dari perut kakak paksu, tiba2 paksu rasa tergugat.entahlaa nak. paksu tiba2 terkedu, lidah rasa kelu. sayu je rasa. tiba2 paksu nak nyanyi lagu raya Siti Nuhalazat.
"sayu~hati ini makin sayu~"
paksu dapat rasakan kasih sayang yang paksu terima makin berkurangan semenjak kamu hadir dalam keluarga kami. yelaa, paksu kan paling muda dalam keluarga kita, handsome pulak tu. so, semenjak kamu yang lagi muda dari paksu ni hadir, mesti laa mereka semua utamakan kamu. paksu terpaksa masuk bilik, hempas kepala atas bantal, meniarap, menangis puas2. pakcik lakukan begitu kerana banyak scene drama melayu bila remaja menangis mereka akan hempas kepala atas bantal, meniarap, dan menangis sepuas puasnya.*tapi biasanya remaja perempuan je* so, paksu rasa cara tu berguna untuk hilangkan tension.

aiman, 
apa yang paksu nak cakap sekarang ni adalah , jadilah anak yang baik. tahu tak seseorang ibu yang melahirkan anak itu berjuang antara hidup atau mati? nampak tak pengorbanan tu? so, jadilah anak yang baik. jangan jadi macam paksu. masa paksu kecik2 dulu, paksu kurang ajar dengan nenek. kalau nenek marah, paksu ejek2 then paksu terus lari naik tingkat atas rumah, masuk bilik then terus kunci pintu. then gelak kepuasan sorang2. nenek puas bantai guna hanger sampai patah, buat stone cold stunner kat paksu, dan kadang2 nenek tag team dengan dengan makcik kamu untuk bantai paksu. at the end, paksu juga menang. well~. tapi sampai sekarang paksu degil. entahlaa. andai kata kamu degil macam paksu jugak nanti, paksu takkan salahkan kamu.mungkin genetic kita gangster2 kot.
comel kan maksu kamu?
kalau kamu dah pandai membaca nanti, kamu buka laa blog paksu. kamu akan belajar macam2 pasal dunia dalam blog paksu ni. lagi2 pasal perempuan. atau lebih tepat perempuan gedik. yes, paksu taknak kamu bergaul dengan perempuan gedik. carilah perempuan baik macam ibu kamu or nenek kamu. mereka baik2 je walaupun kadang2 garang tak tentu hala. sememangnya genetic kita baik2 belaka. tak macam awek2 kat luar tu. tapi janganlah kamu berkahwin sesama saudara terdekat. paksu takut penampar sulung keluar dari atuk kamu. carik laa awek yang kiut miut yang buat paksu rasa geram sampai nak cubit pipi dia, barulaa ada taste. berbalik pada kisah blog, jangan lupa jadi follower paksu kalau kamu pun ada blog.*sempat pulak paksu promote = ='*

bila masuk sekolah, belajarlah elok2. jadi macam paksu. paksu dulu rajin datang ke sekolah. tak perlukan scott's emulsion untuk kehadiran yang penuh macam iklan kat tv tu. ini adalah  disebabkan ramai awek2 comel yang sweet & innocent. dan tak kurang juga cikgu2 praktikal yang comel gila dan putih gebu datang mengajar dengan kebaya ketat kain terbelah, telah membakar semangat paksu untuk pergi ke sekolah. itu semua pemangkin semangat kita sebagai lelaki bukan? gunakan sebaiknya.
last sekali, paksu nak pesan, sementara paksu masih hidup ni. mungkin, pesanan ini berguna untuk kamu.hmmmm *tarik nafas dalam* janganlah kamu bermain api, nanti terbakar diri *macam lirik lagu je*
Share This Post | Irfan Roslee

2 comments:

  1. hahaha sumpah kelakar nih ketawa sampai muntah hijau pleaseee. awesome !

    ReplyDelete