Pages

Followers

28 September 2011

Bunuh Diri Jalan Penyelesaian Masalah Ke?

Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera

pertama sekali, aku nak minta maaf kepada semua yang mengenali aku. mungkin ini entry terakhir aku. yes. aku nak bunuh diri. aku tak tahan dengan tekanan yang aku hadapi sekarang. mungkin bunuh diri ni jalan penyelesaian masalah aku. awek aku dah taknak kat aku. dia minta putus sebab aku tak belikan aiskrim MatKool masa kitorang jalan2 kat MidBali haritu. aku kecewa. goodbye my family, goodbye my friends, goodbye my Hana Tajima~

okay, itu tipu! ini bukan entry terakhir okay. haha. gila apa. aku masih waras. ada masalah besar macam mana sekalipun aku takkan bunuh diri. tapi yang aku peliknya kenapa ramai manusia kat atas muka bumi ni pilih jalan bunuh diri kalau ada sesuatu masalah tu. bila dibuat kajian serba sedikit, aku dapat 3 alasan kukuh yang membuatkan si pembunuh diri yang bodoh ini membuat keputusan untuk membunuh diri ketika menghadapi masalah.

apa dapat kalau bunuh diri?
Punca

1. Cinta Oh Cinta
cinta itu buta. butanya cinta mampu membutakan hati.
eww. cukup setakat tu je. geli aku. tapi tu laa. pasal cinta, ramai yang sanggup bunuh diri. padahal baru bercinta. belum kahwin lagi *mengada2 lebih*. ramai orang kata, kalau orang bunuh diri pasal cinta ni kononnya nak buktikan cinta dia laa. apa korang dapat kalau macam tu? let say korang couple dengan sorang mamat handsome ni. then dia buat hal. minta clash. sebagai bukti yang korang tak boleh hidup tanpa dia, korang bunuh diri. korang ingat mamat tu terharu? lagi mudah step dia untuk lepaskan korang. siap adjust awek baru lagi.

2. Masalah Keluarga

okay, kalau orang bunuh diri pasal masalah keluarga, aku ada rasa kesian sikit laa kat dia. sebab apa? orang bunuh diri pasal keluarga ni selalunya dia terlampau stress bila dia sayangkan sangat keluarga dia, then ada masalah berlaku. let say dalam family tu, si suami dan si isteri bergaduh dan bercerai. then yang jadi mangsa si anak. yelaa, seorang anak memerlukan kasih sayang daripada dua2 belah pihak. then bila jadi macam ni, dia susah nak terima dan akan rasakan dunia makin gelap. so bunuh diri jalan yang terbaik. tapi, bunuh diri tetap jalan penyelesaian yang bodoh dan tak berbaloi. tak pasal2 mak bapak yang bercerai tu naik mahkamah 2 kali. 1 kes penceraian 1 lagi kes bunuh diri. ishh3.

3. Masalah Kewangan

okay, biasanya berlaku dikalangan orang dewasa lagi2 lelaki/bapa/suami. budak2 apa kesah. parents yang support. perkara ni berlaku bila seseorang tu tak mampu lagi nak sara hidup dia dan keluarga dia. dan terlampau stress untuk mencari wang. mungkin dia dibuang kerja, mungkin pendapatan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. so, dengan yakinnya mereka akan meminjam duit dengan Ah Long. yes, jangan takut, Ah Long cuma nak tolong maa. so, lama2 bila tak mampu nak bayar balik, mula laa Ah Long tak nak tolong. habis kena pressure, dia kacau hidup peminjam. at last, akibat tertekan sangat, bunuh diri laa jalan untuk lari dari Ah Long. hah, larilaa then mengadap laa malaikat masa kat alam kubur pulak.

jangan buat orang lain bersedih dengan tindakan kita
aku rasa, tiga punca tu antara alasan yang paling top sekali bila seseorang tu memilih jalan penyelesaian bunuh diri. tapi yang bodohnya kesiannya, tak fikir ke apa kesannya jika bunuh diri? nah, aku bagi serba sedikit kesan kesannya. fikir2 dulu sebelum nak bunuh diri tu.

Kesan

1. Tak Masuk Syurga

sebagai orang Islam, kita hidup di dunia ni sementara dan akhirat tu selamanya. akhirat nanti, 2 tempat kita akan pergi, syurga atau neraka, atau lalui neraka kemudian syurga. korang nak mana? okay, sejahat2 manusia yang buat dosa seperti membunuh, merogol, dan mencuri, dekat akhirat nanti balasannya adalah neraka. tapi disebabkan umat Islam, sejahat mana pun dia, dia akan merasa syurga juga. tapi kalau bunuh diri, Allah SWT takkan terima langsung. tak kisah laa sembahyang 5 waktu ke, hafaz Al-Quran ke, anak soleh/solehah ke, tapi kalau akhir sekali bunuh diri, nerakalah selamanya. aku taknak cakap lebih pasal ni. yes, aku bukan baik pun

2.Malukan Keluarga

dah laa bunuh diri tu dah menyusahkan orang, nak uruskan semua tu, nak buat siasatan. then, keluarga yang dapat malu. mana taknya, bunuh diri bhai.
"kau tau tak Jenab pasal apa anak si Kiah tu bunuh diri? pasal cintaaaa. entah apa2 entah. tu laa tak pandai nak didik anak. sampai bunuh diri"
see, orang lain buat cerita. habis satu keluarga dipandang serong. jatuh air muka mak bapak. hishhh. kata sayang sangat keluarga kan. so, please janganlah buat perkara macam ni yang akhir sekali melibatkan keluarga kita sendiri. penat2 mak bapak besarkan, bagi makan cukup2, didikan sempurna, at last kau bunuh diri. kecewa diorang. = ='
sayangi diri anda
okay, aku rasa cukup kot punca alasan yang aku bagi tu. niat aku nak tulis entry ni adalah untuk membuka mata masing2. mana laa tahu ada dikalangan pembaca blog aku ni berniat nak bunuh diri ke, tengah buat persiapan untuk membunuh diri ke. haha. so, mungkin benda ni serba sedikit boleh membuka mata korang. buat apa nak bunuh diri? sakit woo. dah laa sakit kat dunia, sakit kat alam kubur nanti, last sekali sakit selamanya kat neraka nanti. ishhh taknak akuuu taknak. aku tak kahwin lagi. nak juga tengok bakal bini, bakal anak aku nanti. :P

p/s : dah tu nak bunuh diri?
Share This Post | Irfan Roslee

12 comments:

  1. yeah...kalo psl cinta nk buno diri.. x pyh nk jd "kurang pndai" sgt la kan... huhu..

    ReplyDelete
  2. pk dan igt kesan yg 1st tu je... lgpn biasanya yg buat keputusn mcm ni, orng yg kurang didikkan agama..

    ReplyDelete
  3. tak payah le pai bunuh bunuh diri sebab cinta..tak dapat ape pon..dapat dosa je..

    ReplyDelete
  4. bila perasaan yang mengawal minda, semua jadi len..

    ReplyDelete
  5. sesungguhnye,,
    bunuh diri adalh suatu yang bodoh untuk dilakukan!

    ReplyDelete
  6. bagi orang islam ,. ia nya haram kalau bunuh diri kan ? pada zana ,. capa yang amek jalan mudah dengan bunuh diri ,. orang tu memang tempah neraka ,. ta ad yang mustahil dalam dunia nie ,. n ta ad masalah yang ta boley d selesai kan ,.

    http://syazanasani.com

    ReplyDelete
  7. betol tuu! ap laaaa sedap sgt bunuh diri? =_=

    ReplyDelete
  8. ish2. jgnla bunuh dri. mse dpn pnjg lg.
    ingt bunuh dri tu sng ke.hehe. ape pnx bleh.:)
    kalau kcw atau sedih kmbli ke pencipta insyaallah bhgia.

    ReplyDelete
  9. iman tak kuat je kalau sampai terfikir nak bunuh diri tu. ish.

    ReplyDelete
  10. takpernah terlintas nak bunuh diri. kte nak merasa masuk syurga. :)

    ReplyDelete