Pages

Followers

06 September 2011

BERambut vs BERtudung

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera 

lepas habis cuti ni hati terus tak tenteram. mana taknya, assignment berlambak2, final makin dekat. perghh, seram gilaa.macam2 dah buat untuk hilangkan serabut dekat kepala ni. tapi macam mana nak buat, cakap tak guna, tendang pun tak kena, hadoi!

tapi apa yang berputar dekat kepala aku ni selain pasal study adalah blog. yes, blog. entahlaa, aku tak tahu kenapa blogging ni boleh membawa ketagihan. oh shit. sumpah menyesal buat blog. kalau aku dapat duit dengan berblogging ni takpe juga. tengok macam hanis zalikha tu, time dia study dulu pakai duit hasil daripada blog dia sendiri untuk tanggung yuran pengajian dia. well, dia ada muka cantik, market ada. tapi, aku handsome apa, kenapa tak kaya? *abaikan soalan bodoh itu, perasan* 

latest picture of Hanis Zalikha
well, raya dah lepas dan agak sedih dan mula rindukan kampung halaman. rindu nak beraya, usha keindahan dunia, usha gadis2 melayu berbaju kurung tetapi free hair berambut curl, berbaju kebaya ketat tetapi bertudung, dan seangkatan dengannya. oh indahnya dunia~

sebelum ni aku pernah keluarkan statement dekat entry Perempuan Dan Tudung (klik)
"Kebanyakan kawan perempuan yang rapat dengan aku sendiri free hair.
Dan yang free hair tu juga la kebanyakannya lebih baik dari bertudung."
okay, aku rasa ramai juga yang setuju dengan statement tu. yelaa, mana taknya kalau kawan yang bertudung tu perangai macam hape entah kan? tapi itu dari sudut pandangan kita sendiri. apa yang aku nak cakap kat sini, janganlah salah nilai. itu dari pandangan kita, tapi dari sudut pandangan Islam?

perempuan freehair lebih baik dari yang bertudung?

actually entry ni dah lama sangat aku nak compose.tapi disebabkan keliling aku ramai perempuan yang tak bertudung dari bertudung buat aku rasa serba salah nak taip entry ni. tapi, kali ni aku rasa aku patut kot buat entry ni.so, sorry girls. aku takde niat nak kutuk. janganla jumpa aku nanti tiba2 korang rasa malu or benci dekat aku lepas baca entry ni.

back to the topic

aku taknak sentuh banyak2 soal agama ni sebab nanti ramai yang kata aku ni macam bagus sangat kan?well, aku memang tak baik pun. tapi apa yang aku nak cakap sekarang ni, kenapa ramai orang mula ubah persepsi masing2 terhadap perempuan bertudung ni? memang ramai yang bertudung tapi perangai tak macam muslimah langsung. tapi cuba korang respect sikit dekat mereka ni.at least, diorang pakai tudung juga, tutup aurat. dari hangpa semua yang tak pakai tudung tu macam mana?dah la tak bertudung, menggedik sana menggedik sini, ingat laki suka?

lagi sekali aku mengagumi my hana tajima
iyer, memang laa ramai orang kat luar tu dok sibuk kutuk2 pasal perempuan bertudung ni. makcik2 pun tak kurang juga bergosip pasal isu ni.
"kau tau tak Gayah, si Mia G tu nama je bertudung, itu pun baru je mula bulan puasa haritu, tapi baju yang dia pakai ketat, nohhhh tu diaaa, nampak bentuk segala bentuk. malu aku.malu Kiah oii tengok sedara sesama Islam macam tu, kita kena tegur tu. aku ni tak bertudung pun takde laa nak dedahkan tubuh2 badan aku."
yes, tak salah nak tegur malah digalakkan.tapi orang yang menegur tu kena laa bagi tauladan yang baik.kalau Cik Kiah tu dok mengata dan berhasrat nak tegur tapi diri dia sendiri tak cukup sifat sebagai muslimah macam mana? memang la Cik Kiah tak tunjuk bentuk badan, alaa kalau tunjuk pun mengancam lagi ke?*lari topik dah ni*

kalau dikira2, sehelai rambut perempuan yang dilihat oleh lelaki bukan muhrim dah dapat dosa.baru sehelai kan?rambut kita entah berapa banyak helai entah. kaya kaya kaya. kaya dengan dosa.yes! kita sangat berbangga bila ada rambut lurus or curl, nak keluar tu pakai hairspray sikit then keluarlah penuh kebanggaan.
oh, lihatlah diriku ini, rambut curl, tubuh SEKSi, gorgeous kan?meletup!
apa yang aku nak pesan, bawa laa bakul bersama2 ketika keluar.untuk membawa pulang dosa2 yang telah dikumpul yang menimbun2.

itu satu hal, lagi satu benda aku nak sentuh. maaf jika entry panjang ni membosankan. anda boleh tutup jika tidak berminat.perihal awek tidak bertudung kita tutup.yang seterusnya adalah

adakah menutup aurat itu caranya dengan memakai tudung?

satu lagi tanggapan yang salah yang dibuat orang ramai. well, actually bukan tanggapan salah, tapi tak ambek kisah. maksud aku, kalau dah pakai tudung tu kira dah tutup aurat.simple je andaian ni dibuat. yes, anda memang mulia menutup bahagian rambut anda yang perang berkarat itu dengan tudung. tapi macam mana dengan pakaian?

macam aku cakap kat atas tadi.berkebaya ketat TETAPI bertudung. kenapa ada TETAPI? sebab tak sesuai jika diletakkan DAN. kan lagi bagus kalau bertudung tu sama dengan pakaian yang tidak menampakkan tubuh badan.okay fine, taknak bagi contoh kat awek2 muda nanti terasa, meh aku bagi contoh yang buat awek2 kat luar sana tak terasa.

pernah tengok tak makcik2 bandar *makcik kampung tak macam ni* pergi ke kedai? pakai baju t-shirt lengan pendek, baju menampakkan bentuk fruit-of-dada then pakai tudung sangkut ke kiri kanan bahu.*simple punya style*. then pergi kedai apek beli sayur. sedar ke tak makcik tu yang apek tu main jeling2 kat bahagian tu.alaa bahagian tuu. walaupun makcik tapi apek tua tu still bernafsu. macam apek kat area rumah aku. makcik2 datang kedai dia kalau yang ada rupa mesti dia menggatal. mata takyah cerita laa. liar je usha tuttt tuttt..*lari topik kejap*

so, dari situ dapat free je dosa kan?so, andai kata korang bertudung, tak semestinya itu menutup aurat.tak semestinya korang boleh berbangga yang korang bebas dosa daripada orang melihat rambut korang. bentuk tubuh badan yang agak seksi tu yang membuatkan dosa diberi secara percuma.
  • kalau pakai tudung baju lengan pendek dosa?
  • kalau pakai tudung baju ketat dosa?
  • kalau pakai tudung baju jarang dosa?
aku rasa masing2 boleh jawab soalan tu sendiri.nilailah sendiri. aku sangat tertarik dengan entry daripada senior aku yang bertajuk Bertudung Itu Tidak Wajib (klik).kat situ dia terangkan lebih terperinci pasal ni. kami yang lelaki ni just bagi pandangan je. ye dok? selebihnya terpulang laa. kalau nak dedahkan aurat tu ikut hati korang laa, rezeki lelaki juga. well, sekali pandang tak berdosa. dua kali pandang sama2 lah kita terima dosa ye.

fact
dari google je aku dapat tau yang carian paling banyak dibuat adalah yang berunsur 18sx yang sering dicari oleh lelaki2 horny baik. walaupun carian yang positif tu berada di ranking bawah. apa salahnya korang semua menjadi sebahagian daripada mereka yang dibulatkan di atas tu.

ini baru dinamakan tutup aurat.

off topic.

aku rasa, entry ni aku tak bias mana2 pihak. aku dah sokong perempuan bertudung dan aku juga sokong perempuan tak bertudung.hipokrit kan aku? okay fine, korang boleh bencikan aku.
Share This Post | Irfan Roslee

11 comments:

  1. agak hot juga isu ni, dah byk kali diperbincangkan tapi still statement yg sama...

    ReplyDelete
  2. tak semua yg bertudung baik dan tak semua yg tak bertudung tu jahat. :)

    nice la penulisan kau. keep it up!

    ReplyDelete
  3. setuju dengan Nabila.. keduanya belum tentu perfect

    ReplyDelete
  4. amalan kite dikire berdasarkan ape yg kite buat & ape yg kite tak buat. back to the basic. mudah bukan? nice writing nway! ;D

    ReplyDelete
  5. nk share sum thing, xsemua yg pkai tudung tue baik, tp perempuan yg baik pasti pkai tudung. =)

    ReplyDelete
  6. Tak semua yang bertudung tu baik, tapi yang baik semestinya bertudung..:)

    ReplyDelete
  7. Bukannya nakkira baik ke tk baik bila pakai tudung.... sekurang2nya bila dh pakai tudung satu tanggungjawab sudah dilaksanakan walaupun belum tahu tanggungjawab tu diterima ataupun tk drpd tk pakai tudung langsung.... dh sah2 dosa dan ada balasan utk org yg tk bertudung kelak... SO, PAKAILAH TUDUNG TANDA SEBAGAI SEORANG MUSLIMAH (ORG ISLAM)....(BERI GALAKAN)....TENTANG PERANGAI BAIK KE TIDAK... YG TU BIAR ALLAH S.W.T YG TENTUKAN, BUKAN KITA....

    ReplyDelete
  8. Kadang2 sepriz,

    yang bertudung kutuk-kutuk perempuan yang tak bertudung, cakap dia bakal masuk neraka bagai, last-last dia sendiri pon tayang rambut.

    yang bertudung dulunye hine-hine perempuan kaler rambut,
    last-last dia sendiri pong kale rambut.

    camne tu ?

    tapi betul lah cakap orang, kita jangan dok sebok-sebok kutuk orang last-last berbalik kat kita.. gugu takut maa..

    ReplyDelete
  9. tetap suka perempuan free hair

    ReplyDelete