Assalamualaikum
&
Salam Ramadhan
![]() |
| eh, esok puasa lagi.:P |
okay, buangkan segala masalah yang ada, tolak tepi, jangan tarik2 muka lagi.
raya dah mai dahhhhhhh!
tu diaaa. lagu kat blog ni pun dah meriahhhh!
tak payah nak serabut2 dah..tak payah nak serabai2 dah...
yang penting kita enjoy kan?
raya setahun sekali je beb.
bukan laa nak suruh enjoy sampai tak ingat dunia.
tak la sampai macam tu sekali.
just enjoy untuk release tension.
so, dikesempatan ni.........
saya Ahmad Irfan Bin Roslee menyusun 1,2,3 (sambil kira) oh yeahh 10 jari, ingin memohon maaf jikaada terkasar bahasa, terlanjur bicara.atau mungkin juga sepanjang penulisan aku di blog ni ada buat sesetengah pihak tu terguris or terasa.well, niat dihati ingin mengutuk, kalau pendam jadi dendam, so better aku luahkan. betul x?habis jujur dah ni.kehkehkeh.sesungguhnya yang buruk itu datang dari aku dan yang baik itu datang dari Allah SWT.hari baik bulan baik ni taknak la bermusuhan lagi.mari kita tutup buku lama.well, semalam aku ada beli buku baru.so, ayuh buka buku baru!hahahaterima kasih juga kepada sesiapa juga yang banyak support aku selama ni.tak kisah la apa segi sekalipun. korang memang terbaik.yeah. love u gedik girls n handsome boys!
so, Alhamdulillah saat aku update blog ni, tengah tunggu masa untuk bersiap2 bawa ayah aku pulang ke rumah.
yeah, dia keluar dari wad hari ni.
terima kasih sekali lagi, bagi sesiapa yang telah doakan kesihatan ayah aku dan juga tak putus2 bagi semangat.
korang ni memang sempoi laa.
btw, aku cerita dekat ayah aku yang ramai orang doakan kesihatan dia.
"nama ayah famous dekat facebook sekarang ni.semua kawan2 doakan ayah.yang jarang tegur pun tiba2 tegur tanya khabar n doakan ayah."ayah aku hanya mampu tersenyum.
kalau aku mampu, aku nak letakkan semua kata2 semangat yang korang semua dah bagi kat blog ni.
tapi sorry tak mampu sebab, yeah, aku ada ramai kawan2/kenalan yang sangat supportive!
dan salah satu daripadanya adalah kamu. yes kamu!
thanks a lot. hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik kalian semua.
sorry buat masa ni tiada isu untuk dimuatkan dalam entry.
mungkin buat masa ni aku kurangkan berblogging or kalau update blog pun aku akan tulis pasal raya.
kehkehkeh
sure time ni masing2 tengah happy dekat kampung and ada juga yang baru packing2 barang.
so, apa2 pun bagi yang baru ingin pulang ke kampung tu hati2 memandu.
ingatlah orang yang menyayangi anda.
semoga selamat pergi dan selamat kembali
dan ingat! jangan tak main mercun!
yes, ulang sekali lagi. jangan tak main mercun
main mercun setahun sekali je beb.
so, tak salah laa setahun sekali putuskan jari.
haha!
![]() |
| jom main bunga api! *bunga api bukan untuk kanak2 sahaja* |
Assalamualaikum
&
Selamat Hari Raya Aidilfitri !!!


0 comments:
Post a Comment