Pages

Followers

28 July 2011

Sebab Kenapa Masih Ramai Yang Takut Bercinta

Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera

perghh! rasa lama gila dah tak update kan?
agak busy la sekarang ni.
biasa laa, assignment banyak, then bila free memang rehat cukup2.
sekarang ni memang rasa penat je selalu.
entah macam mana la puasa nanti kan? haha

hmm. tajuk kat atas tu, macam best je kalau nak huraikan.
"alaa, sikit2 pasal couple. macam bagus sangat la kau ni irfan!"
aku memang tak bagus.
tapi aku rasa tak salah kalau aku nak kongsi semua ni.
aku kongsi berdasarkan pengalaman aku dan orang sekeliling aku.
so, benda tu semua banyak mengajar aku lagi2 aku ni jenis orang yang suka memerhati.


well, couple tu indah. yes, orang ramai cakap macam tu.
aku tak nafikan memang indah.
tapi, tak semua yang indah tu kekal indah selamanya kan?
so, aku nak merapu sikit untuk entry kali ni tentang
cinta itu indah tapi mungkin padah

1st sekali, aku mengaku aku memang single.
takde awek, takde teman yang special dalam hidup ni.
kalau ada dengar cerita kat mana2 tu semuanya penipuan semata2.
yes, aku boleh katakan aku trauma dalam dunia percintaan ni lepas macam2 jadi.
bukan la aku nak kata aku give up.
oh tidak sama sekali.
semua tu boleh dicari.
tapi, aku rasa better aku senyap dulu buat sementara ni.
ini adalah disebabkan beberapa faktor yang aku rasa ramai orang bersependapat.
MAYBE.

1.Habis Duit
well, perempuan gedik zaman sekarang ni kalau couple mesti jenis memilih kan?
kadang2 lelaki tu dah buta disebabkan kecantikan perempuan tu sampai sanggup buat apa saja untuk dapatkan perempuan tu, termasuklah menghabiskan harta=duit
itu satu masalah.
then, kalau perempuan tu tak mementingkan harta pula, duit kita tetap akan dibazirkan ke jalan ni.
tak perlu kita pandang jauh la kawan.
aku rasa, majoriti pembaca blog aku ni masih belajar.
so, kalau masih belajar tu mesti perbelanjaan sara hidup tu parents yang tanggung kan?
so, bila couple ni macam mencari masalah juga la bagi aku.
senang je kat sini
  • bila couple mesti nak message + call = DUIT
dah couple kan, so mesti nak selalu rasa dekat je.tak cukup message, time malam pula sebelum tidur mesti call dulu kan.
mulanya niat nak call kejap, tapi last2 terlajak sampai berjam2.
habis kredit telefon yang baru topup tu.
apa kes? itulah cinta namanya~ haktuihhhh!
  • bila couple mesti nak dating + enjoy = DUIT
dah kata couple kan.
so, bila free mesti nak jumpa lagi2 time cuti hujung minggu.
at least keluar tengok wayang, makan, jalan2, shopping sikit2.
so, bila tambah2 semua tu, aku rasa main ratusan juga kalau tak mampu nak kawal.
yes, aku tak tipu sebab aku pernah alami
mampukah anda untuk melaburkan duit anda ke jalan ini?


2.Stress
bagi aku point ni kita memang tak dapat elak.
kenapa aku cakap macam tu?
okay.
  • "hujung minggu ni aku tak dapat jumpa, keluar dating dengan awek/balak aku, oh stress!"
  • "kenapa dia senyap je sekarang ni. message dah kurang apatah lagi call, oh sangat stress!"
  • "baru lepas bergaduh dengan awek/balak aku, oh gila stress!"
  • "baru semalam aku clash dengan awek/balak aku, oh stressnyaaaaa!"
so, perkara2 ni semua walaupun kadang2 nampak remeh tapi dah cukup untuk menganggu urusan kehidupan seharian kita.
yes, termasuklah bekerja, belajar dan sebagainya.
semua urusan tu tak mampu dilakukan dengan baik sebab gangguan emosi dan tekanan perasaan.

mampukah anda tabahkan hati untuk lalui semua dugaan ini?


3.Hilang Kebebasan
kalau dah couple tu bagi aku, hilang semua kebebasan yang ada.
oh silap. bukan semua, tetapi sesetengah daripadanya.
bila dah couple tu, kalau boleh semua yang kita buat ke bagitau si dia.
wth! bosan kot. takkan nak buat apa2 pun kena bagitau.
tapi itulah hakikatnya.

  • segala benda yang nak buat kena inform dulu. buat apa, kemana, dimana, dengan siapa, semuanya kena bagitau.
  • bagi lelaki yang nak berkawan dengan perempuan lain, kena kurangkan sebab takut pasangan cemburu, dan sebaliknya bagi perempuan. 
oh bosannya~
memang la niat kita kadang2 menunjukkan kita ambil berat dan tanda sayangkan pasangan bila buat macam ni.
tapi, kita tak sedar perkara ni menyekat dan mengongkong kebebasan yang ada.
well, ni la yang buat aku kekal single.
sebab aku rasa kebebasan yang ada.
hidup tak perlu dikongkong, kebebasan tak perlu disekat.
tak terkejutlah ramai yang clash sebab nak dapatkan kebebasan kembali.

bukankah manusia tak suka dikongkong?




4.Hilang Kawan
sebelum couple.
  • dengan kawan la kita berkongsi masalah
  • dengan kawan la kita ke mana2
  • dengan kawan la kita jatuh bangun bersama
tapi, bila dah jumpa teman hidup yang istimewa, semua tu hilang.
semua tu dilupakan.
well, biasa la manusia.
agak2 kawan dah takde kepentingan, terus abaikan.
perkara ni selalu juga la berlaku.
last2, kawan tu sendiri yang kecewa bila benda macam ni terjadi.
bila nasihat, melenting.
last2, sebab ego yang tinggi dan rasa kepentingan antara mereka dah takde, putus sahabat. haishh

berkawan biar beribu, berkasih biar satu. adakah anda faham maksud tersiratnya?


so, bagi aku dah cukup dah semua tu untuk membuatkan yang single tetap single sehingga sampai waktu yang sesuai.
tapi, janganlah fikir bukan2.
aku takde laa nak buat korang yang tengah couple ni fikir banyak kali apa yang aku tulis ni.
aku cuma bagi pandangan yang mana aku rasa betul.MAYBE betul.
kalau dah couple tu, teruskan.
ada juga kebaikan couple ni, dan ada juga keburukan single ni.
so, fair laa kan?
cukup je kot sampai sini.
terima kasih sangat2 sebab baca entry aku kalo ni yang agak panjang dan mungkin membosankan.

Share This Post | Irfan Roslee

4 comments:

  1. mungkin tu juga satu sebabnye.. taknak dikecewakan mungkin, and masih ramai diluar sana yang mencari cinta selepas kahwin , singgah tengok entry saya http://bebelanteddy.blogspot.com/2012/01/oh-wanita-islamwajib-baca-please.html

    ReplyDelete
  2. cinta pada ilahi dulu~

    ReplyDelete
  3. Bak kata upin & ipin,"betul, betul, betul"

    ReplyDelete