Pages

Followers

18 July 2011

Istilah REMPIT, bukan untuk penunggang motosikal

Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera

balik selayang je memang bermasalah sikit bagi aku lagi2 kalau time malam.
mentang2 la jalan kat depan rumah aku ni agak besar dan lurus je, selalu juga la mat rempit merempitkan diri mereka dekat lorong rumah aku.
oh shit~
lagi2 time nak tidur, tiba2 dengar bunyi ekzos motor yang letup2 bikin hati panas.
kadang2 bebel sorang2
"tak esok mesti lusa kau mampus kena lanyak lori"
well, itu yang paling layak. mengganggu ketenteraman awam.
motor dicipta untuk kemudahan harian bukan untuk merempit.
aku bukanlah nak bercerita pasal rosaknya anak melayu dengan aktiviti merempit ni.
isu tu dah selalu dibincangkan lagi2 time sekolah dulu.
bosan dah kot.
tapi, apa aku nak ketengahkan kat sini ialah istilah perkataan rempit yang digunakan untuk melabel pengguna2 motor.


ni ada story sikit yang aku sempat dengar antara Mia G dan rakan2 perempuan dia yang sama gedik dengannya. :P

Mia G : eh, u all perasan tak mamat kat belakang i tadi tu. dia senyum2 dekat i. i rasa i dah jatuh hati. hikhikhik
gadis 1 : oh mamat tu. tu senior kita laa. not bad tau. tapi dia dah ada gf laa u~
gadis 2 : eh, dia ada kawan lagi sorang tu. boleh la tahan. i tengok muka dia iras2 amitabelacan. handsome tuuu~
Mia G : eh, yeke. siapa nama dia tu u?
gadis 2 : azam tak silap i.
gadis 1 : what? azam tu? ewww, i tak minat la dia tu. mat rempittt.not my taste!~
Mia G : mana u tau dia mat rempit?
gadis 1 : dia datang kolej naik motor laa. so, kat situ la i tau dia mat rempitttt~
Mia G : eewwwwww, tak suka tak suka tak sukaaaaaa~

asal lelaki tu pakai motor je mesti dilabelkan mat rempit.
kenapa erk?
kadang2 memiliki sebuah motor tu macam dah satu kesalahan.
ramai orang akan pandang semacam je.
salah ke bawa motor?


janganlah kita tengok orang yang bawa motor ni dengan senangnya kita label dia mat rempit.
faham tak apa itu rempit?
tak perlu nak buka kamus dewan untuk tahu maksud sebenar istilah rempit tu.
senang cerita,
istilah rempit tu digunakan untuk pengguna motor yang menyalahgunakan motor seperti bawa dengan cara yang merbahaya, cilok sana sini, angkat tayar depan, angkat tayar belakang.
macam tu je. senang kan?
so, kalau korang tak nampak pengguna motor ni menunggang dengan cara yang merbahaya, jangan la main tibai je cakap dia mat rempit.
haishhh.

kadang2, persepsi orang ramai telah mengubah cara orang lain berfikir.
sampai kadang2 nak beli motor tu pun takut sebab nanti orang akan cakap rempit.
nak beli kereta, macam belum sampai tahap kemampuan lagi.
well, bukan nak kata belum sampai tahap kemampuan lagi.
mungkin kita akan nampak ramai lelaki yang dah bekerja menggunakan motor sahaja.
bukan tak mampu okay.
lelaki ni pandai merancang.
daripada beli kereta baik simpan duit tu dulu untuk hantaran bakal isteri dia nanti betul tak?
dah la hantaran tu demand bukan main tinggi, pastu nak pandang rendah bila lelaki ni bermotosikal
haktuihhh!

realiti

berbalik ke cerita mat rempit.
kadang2 kita selalu dengar perempuan cakap,
"kalau i nak cari bf, yang penting dia ada kereta, bukan motor. yang bawa motor ni semua kaki rempit"
okay, fine. terpulangla apa korang nak cakap.
tapi tup tup dengar cerita dia couple juga dengan mamat yang bawa motor.
kata tak nak sebab yang bawa motor ni semua mat rempit. apa cerita?
"jodoh pertemuan ditangan Tuhan. i terima dia seadanya"
puihhh!jawapan selamat.
senario macam ni la selalu berlaku.
kalau belum kena dekat diri masing2 tu, macam2 tak suka.
tapi bila dah kena, tahu pula terima seadanya.
haishhhh.
kaum2 hawa juga perlu sedar, wujudnya istilah minah rempit.
so, jangan salahkan lelaki je dalam kes merempit ni okay?

adakah makcik ni minah rempit? kehkehkeh


Share This Post | Irfan Roslee

2 comments:

  1. xpatut2... pakcik dari umor 15 kot bawak moto..
    tu jer yg pakcik maju, xkan kene chop mat rempit gak.
    Ma pakcik besarkan pakcik jasa dari sebuah moto, xkan Ma pakcik mat rempit jugak?
    manusia senang2 je menilai orang.

    ReplyDelete
  2. Melayu lelaki rempit bodoh berzina

    ReplyDelete