Pages

Followers

23 June 2011

Soalan Perempuan Untuk Lelaki

Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera

macam mana awek2 gedik? sihat?
yang jejaka2 kacak tu aku rasa mesti sihat.
tadi saja usha website2 yang menarik and blogwalking sikit2.
so, jumpa macam2 soalan perempuan yang inginkan jawapan dari lelaki.

meh la sini aku rasa tertarik untuk memberi jawapan.
mungkin soalan2 kat bawah ni pun bermain dalam kepala korang kan?



S : lelaki susah nak bagi pujian.kenapa?
J : orang kata memuji tu tandanya menghargai sesuatu perkara tu. tapi kalau nak puji perempuan tu, pihak lelaki taknak tunjuk sangat.bukan tak hargai.tapi cara kami, menghargai dan memuji2 didalam hati.

S : kenapa lelaki mudah lupa awek bila busy?
J : well~lelaki sangat komited dalam melakukan sesuatu perkara tu. bukan lupa tapi lelaki tak suka campur adukkan sesuatu perkara tu dengan perkara yang lain. come on la. sepanjang masa nak ingat lama2 jemu pula kang.

S : kenapa lelaki suka perempuan freehair?
J : ni mesti gadis bertudung yang tanya ni.hahaha. urmm, sebab perempuan freehair ni tak nampak hipokrit (bagi sesetengah lelaki). macam aku pernah cakap dulu, kalau pakai tudung tapi perangai tak serupa penampilan tak guna juga. tapi ingat! sesetengah lelaki je yang berfikir macam tu. pakai tudung pun not bad ada. macam my Hana Tajima. tapi bila dah pakai tudung tu tolong la jaga tatatertib sikit ye.

S : kenapa lelaki suka menggatal?
J : ramai tanya soalan ni. aku tak gatal pun. hahaha. eh, perempuan kadang2 lagi gatal dari lelaki tau. cuma cara je lain. kalau lelaki gatal semua orang nampak dia menggatal. baru kenyit mata, baru peewit2 dah kata lelaki gatal. tapi macam mana kalau perempuan yang kena kacau dengan lelaki yang dikatakan gatal tu? kalau dia tak layan takpela. tapi kalau lelaki kacau dia menggedik, badan tiba2 meliuk2 macam sotong tak ke gatal juga namanya tu? atau ada juga situasi macam perempuan tu duduk dalam bilik then borak2 dengan roomate cerita pasal laki tu handsome la, lelaki tu macho la.
tak ke gatal namanya tu?cuma orang tak nampak je.

S : kenapa lelaki suka naik motor daripada kereta?
J : sebab lelaki ni pandai berjimat. macam perempuan dah sengkek pun tapi sebab nak jaga status punya pasal naik juga kereta. bila tengah2 bulan dah takde gaji mulalah merungut. tapi takpela perempuan selamat kalau naik motor. macam2 kes kang sekarang ni (lari soalan pula aku ni)hahaha

S : kenapa badan lelaki berbau busuk?
J : amboi~lelaki ni aktif, cepat berpeluh. sebab tu la berbau. itu tandanya sihat. tapi aku rasa badan aku tak la bau busuk bila time tak peluh. alaaaa. perempuan tu pun busuk sebenarnya. tapi sebab korang dah sembur sebotol perfume macam mana tak wangi kan.


banyak lagi sebenarnya soalan2 yang aku jumpa tapi kadang2 ada juga yang mengarut.
tapi tolonglaa. kadang2 soalan tu macam saja je nak salahkan pihak lelaki semata2.
rupanya kat mata perempuan ni banyak juga keburukan lelaki yang diorang lihat.
ishhh3. apa la korang ni.

macam bagus sangat!

korang kena ingat, lelaki makin kurang atas muka bumi ni.
nak taknak korang kena terima juga.
nanti kami jual mahal baru korang tahu.
hahaha.
Share This Post | Irfan Roslee

0 comments:

Post a Comment