Followers

Saturday, June 11, 2011

KL Gangster vs KL Hamster

Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera

fuh fuh fuh.
susah betul nak online sekarang ni.
pembekal broadband balik rumah masing2 dan wifi dekat mamak2 pula buat hal.
dugaan betul.
susah aku nak update blog macam ni.

tapi takpe sayang sayangku sekalian.
aku tetap cuba sedaya upaya aku untuk update blog ni.
sebab korang rindu aku kan?alalala sukanyaaaa~

yeah, minggu ni aku stay kat cheras je.
tak balik selayang tak balik melaka.
oh, btw, abaikan KL Hamster tu.takde kena mengena.
hanya housemate aku je faham.hahahaha

so, seperti yang aku plan dapat juga aku tengok KL gangster.
malam semalam sebelum tidur aku terus check online GSC kat TS.
ulang okay kawan2, KL Gangster bukan KL Hamster.hahaha
orait, mark 1.30pm
so, dengan penuh senyuman dan air liur basi ditepi bibir aku bangun tidur awal pagi tadi.
*padahal bangun pukul 11*
terus aku turun bawah jumpa housemateku Fazley Azali dan cakap nak tengok pukul 1.30pm

orait bebeh.semua siap then jalan.
last2 tiket laju pula habis,
okay, dugaan betul = ='
tapi tetap nak tengok.
so, yang paling awal pun pukul 5.

okayla tu kan?
seat pun cantik je tak sakit tengkok.

KL Gangster
kasi sinopsis sikit

mengisahkan cerita hitam dua beradik, Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.........
cukup la sampai situ je.
nak tahu lebih sila tonton okay?
kalau nak bagi rating cerita tu, aku bagi la 7/10, sebab aku suka Aaron Aziz.hahaha


takde la sebab Aaron Aziz tu aku bagi rating macam tu.
memang cerita dia best dan 'berisi', tak kesah la kalau cerita tu cetuskan kontroversi dengan Pekida tu.
memang okayla kalau didalam kalangan filem2 melayu yang lain kan.
kalau nak bandingkan dengan cerita orang putih memang la kalah.
hey!not bad laa! banyak aksi cerita tu.
aku rasa 80% daripada jalan cerita tu penuh dengan aksi.

tapi, cerita dia sekejap laa.
baru je layan dah habis.
gua pun dengan member2 gua terpaksa la keluar dengan berat hati.
gua dah tangkap layan dah cerita tu.
so, time keluar tu semua usha gua.
gua pun pelik.
dalam hati gua cakap
"aku tahu la aku handsome, tapi janganlah pandang macam tu"
gua pun terus bersuara
"apsal lu semua pandang2 gua?"
datang pula sorang minah cute yang bikin hati cair minta gua sign kat lengan dia yang putih gebu tu.
gua pun tanya la kenapa minta sign.
last2 baru gua tahu yang minah ni minta sign & orang lain yang pandang2 gua tu rupanya sebab muka gua diorang cakap macam Aaron Aziz.
yes gua tahu gua tough dan handsome tapi tolongla jangan compare dengan Aaron Aziz.
gua jauh lagi bagus dari dia.
ehem ehem.

okay, cukup untuk cerita tipu tu.
mesti tonton tau!

tak suka aku dengan si Sol aka Syamsul Yusof tu.
walaupun dia yang bikin cerita ni tapi tolonglaa, tak ngam la kau jadi gangster.
dah la cerita dia buat semua nak serlahkan watak dia sendiri.
hakhakhaktuihhhh!
Sol, sol, sol~
kalau orang lain pegang watak Shark memang aku bagi rate 8/10.
yes!kau memang spoil.
Share This Post | Irfan Roslee

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger Lain!