Pages

Followers

22 April 2011

Lelaki Dan Ego

Assalamualaikum Kawan2!

sihatkah anda?harap sihat laa kan.
maklumla sekarang ni musim demam.
ramai je orang yang tak sihat.
kalau tak sihat tu makan la ubat ye.
apa topik kali ni?


sebelum ni, aku tak habis2 cerita pasal perempuan, komen pasal perempuan.
mesti awek gedik kat luar tu tak puas hati kan?
okay, hari ni meh aku cerita dan komen pasal lelaki pula.
secara automatiknya termasuk diri aku la kan.

EGO
sebut je 'ego' mesti yang terdetik dekat kepala ni pasal lelaki kan?
lelaki sangat terkenal dengan sifat egonya.
dan sifat itulah yang paling perempuan tak suka kan?

tak perlu nak pandang jauh.
benda yang sinonim dikaitkan dengan ego adalah termasuk dalam antara masalah hubungan antara lelaki dan perempuan.
tak kisah la suami/isteri ke boyfriend/girlfriend ke.
selalunya itulah menjadi masalah.
lelaki dan ego tidak dapat dipisahkan.

tetapi tidak semestinya sifat ego tu hanya ada pada kaum lelaki sahaja.
perempuan pun ada, okay.
cuma lelaki punya ego ni tinggi sedikit dari perempuan (tinggi banyak kot) hahaha
tu semua bergantung pada orang tu sendiri.

mengapa lelaki bersifat ego?

sebab diorang taknak tunjuk kelemahan diri diorang.

diorang sentiasa ingin dipandang tinggi dan dihormati.
tidak mahu diperlekehkan.


so, macam2 diorang buat untuk kepuasan diri sendiri.
kadang2 perbuatan tu ketara sangat nampak untuk selamatkan diri dan ingin meletakkan diri di tempat BETUL je.
contohnya macam ni:

lelaki tidak mahu memohon maaf walaupun sudah terang kesalahan itu berpunca daripada dia.

jadi 'bodoh sombong' dalam kelas ketika belajar.sanggup tak tanya guru semata2 taknak tunjuk kelemahan diri dan pretend macam faham padahal TIDAK.

menjadikan yang salah itu betul dan betul itu salah.sanggup memanipulasikan keadaan supaya kebenaran itu dipihaknya.


so, dari situ aku sebagai lelaki sendiri akui yang ego lelaki memang tinggi.
sehingga ada yang cakap "dah lelaki. kalau tak ego apa lagi?"
iyer.memang lelaki dikaitkan dengan ego.



untuk lelaki yang kacak bergaya diluar sana
janganlah terlampau ego sehingga kadang2 nampak sangat kebodohan anda didalam sesuatu perkara itu.
biarlah berpada2.tunjukkan kita lelaki bukan terletak pada ego sahaja.

untuk awek gedik yang dok terhangguk2 akui apa yang aku kritik tentang lelaki tu
janganlah korang anggap hanya lelaki yang ada ego tinggi.
perempuan pun ada.
dan kamu kena ingat, biasanya lelaki yang mempunyai ego yang tinggi adalah seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab (ini adalah 1 fakta bukan penipuan)



Share This Post | Irfan Roslee

1 comment: